Pakai Baju Sama, Netizen Speku Neelofa Mahu ‘Caras’ Fazura?

Hiburan

Pakai Baju Sama, Netizen Speku Neelofa Mahu ‘Caras’ Fazura?

Sejak semalam lagi kecoh betul dengan isu Neelofa memakai busana rekaan Innaired seperti yang diidamkan oleh Fazura ketika ia diperagakan di KLFW 2018 baru-baru ini.

Advertisement

Sebelum ini Fazura menerusi Insta Stories memberitahu betapa beliau mengagumi busana tersebut selain menyatakan hasrat untuk memilikinya. Tiba-tiba Neelofa turut memakai baju yang sama ketika mengacarakan rancangan MeleTOP semalam.

Perkara itu menjadi perbualan hangat di media sosial dan ramai  juga mengatakan ia bukanlah satu kebetulan tetapi Neelofa seakan sengaja pakai baju yang sama kerana ingin meraih perhatian dan ‘mencaras’ Fazura. Betul ke?


Walaubagaimanapun,  Fazura sebenarnya telah pun menggayakan busana itu terlebih dahulu. Siap ada yang memuji Fazura kelihatan lebih memukau daripada Neelofa.

Baju tersebut tidak pernah pun dinyatakan direka khas khusus untuk seorang selebriti sahaja dan mungkin benar ia sekadar kebetulan Fazura dan Neelofa tampil dengan gaya yang sama. Apa-apa pun, mereka berdua tetap nampak anggun dan cantik.

Sumber Berita : Megat Terawis & Instagram Nasru Hadi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...