Pelakon, Fify Azmi telah mendapat perhatian orang ramai selepas memuat naik sebuah hantaran video di laman TikTok miliknya, baru-baru ini.
Menerusi hantaran tersebut, Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah binti Mohamed Azmi dilihat memakai baju renang atau swimsuit berwarna hitam sambil duduk di tepi kolam renang.
Bagaimanapun, perkongsian video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah meminta pelakon berusia 32 tahun itu untuk menjaga pemakaiannya serta menghormati bulan Ramadan.
Bukan itu sahaja, ramai yang meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Fify memuat naik video berkenaan pada bulan yang mulia.
Bagaimanapun, Fify difahamkan sudah memadam hantaran video tersebut yang sudah meraih hampir 200K tontonan selepas dimuat naik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.