Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pakai Baju Ketat Pergi Jumpa Tuhan, Engkau Dah Kenapa? – Sharnaaz Ahmad Kritik Mereka Pakai Jubah Hipster

Kalau anda lihat, sekarang memang banyak rekaan jubah di pasaran. Ada yang kadang-kadang nampak bersesuaian dan ada yang sebaliknya.  Buat Sharnaaz Ahmad, beliau berpendapat rekaan jubah hipster haruslah kena pada tempatnya.

Advertisement

Ini adalah baju keagamaan jangan buat sesuka hati. Nak pakai baju ketat, pergi kelab bolehlah. Pakai baju ketat nak pergi jumpa Tuhan, engkau dah kenapa? Cara tak betul. Kita ada adab pemakaian dan adab segala adab.

Kalau kita tak ada adab, itu dah kurang ajar. Bagi saya yang pakai jubah hipster itu kurang ajar dan penciptanya juga kurang ajar. Kalau nak ketat, buat baju kemeja ketat cantik-cantik.

Sharnaaz yang mementingkan keselesaan dalam berpakaian memberitahu beliau sama sekali tidak akan memakai jubah hipster yang terlalu ketat.

Jubah hipster potongan ke arah tidak selesa. Berat mata memandang. Nak buat macam mana kalau pereka kita otak singkat di zaman sekarang. Industri jubah dicemari dengan jubah hipster yang agak ketat dan merepek daripada pereka yang tak tentu.

Saya tak akan pakai jubah yang terlampau ketat menunjukkan otot yang tak berapa nak tumbuh.

Ada betulnya juga pendapat Sharnaaz tu, macam-macam rekaan jubah sekarang ini yang direka untuk fesyen tetapi tidak sesuai untuk melakukan ibadah dengan jubah tersebut. Kreativiti itu penting tapi kalau dah terlampau kreatif pun susah juga.

Sumber Berita: The Malay Mail

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top