Pakai Baju Celoreng Tentera Ketika Persembahan, Dolla Dikritik – “Kami Penat Lelah Berkorban Demi Nak Sarung Baju Keramat..”

Hiburan

Pakai Baju Celoreng Tentera Ketika Persembahan, Dolla Dikritik – “Kami Penat Lelah Berkorban Demi Nak Sarung Baju Keramat..”

Baru-baru ini, kumpulan Dolla telah menarik perhatian warga maya selepas tular video memaparkan ahlinya memakai baju celoreng tentera ketika membuat persembahan di Hausboom Music Festival 2024.

Netizen meluahkan rasa terkilan apabila Dolla telah mencemarkan baju celoreng tersebut apabila berjoget sakan ketika membuat persembahan.

Advertisement

Video persembahan dimuat naik seorang pengguna TikTok namun hantaran telah dipadam selepas mendapat kecaman hebat daripada netizen.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Hafiz Azri mempersoalkan siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab dalam isu ini.

Ramai yang tersinggung nak pakai tak salah tapi biarlah kena dengan tempat dan cara pemakaian.

Kami penat lelah latihan, tinggal keluarga dan korbankan masa semata-mata nak sarung baju keramat ini, korang mudah-mudah ja nodai uniform kami.

Setakat ini, pihak Dolla tiada memberi apa-apa keterangan berkaitan isu yang tular itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ogy ahmad daud kongsi cinta pertama
2 months ago

"Dia Enggang, Saya Ni Pipit.." - Ogy Ahmad Daud Imbas Kisah Cinta Pertama, Pernah Dapat Ugutan B*nuh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...