“Pakai Apa Pun Nampak Buruk” – Wajah Anak Dihina Hodoh, Rizky Billar Luah Rasa Terkilan

Dunia

“Pakai Apa Pun Nampak Buruk” – Wajah Anak Dihina Hodoh, Rizky Billar Luah Rasa Terkilan

Sejak insiden keganasan rumah tangga yang melanda pasangan selebriti Indonesia iaitu Lesti Kejora dan Rizky Billar, mereka sering diasak dengan kecaman netizen.

Bukan itu sahaja, Rizky turut berang apabila seorang netizen bertindak menghina wajah anaknya, Muhammad Leslar Al-Fatih yang baru berusia setahun.

Advertisement

Menerusi sebuah hantaran, pelakon dan pengacara berusia 27 tahun itu berkongsi video memaparkan anaknya yang memakai topi jenama mewah sedang bermain-main.

Bagaimanapun, perkongsian video tersebut telah menerima komen negatif daripada netizen yang mengatakan anaknya tetap hodoh walaupun memakai topi berjenama Fendi, berbeza dengan kanak-kanak lain yang kelihatan comel walau dipakaikan apa sekalipun.

“Kanak-kanak lain pakai topi jenama Fendi nampak comel. Tapi bayi ini tetap hodoh, apa pun yang dipakai anak ini seperti barang buruk” – Netizen.

Tidak berdiam diri, Rizky meluahkan rasa terkilan dengan sikap netizen Indonesia yang sering menjadikan anaknya sebagai sasaran untuk hinaan.

Sekadar bercerita, ketika kami menunaikan umrah kelmarin, anak kecil ini begitu dihargai oleh orang-orang di sana. Baik orang Arab atau berbagai negara.

Anak saya selalu disapa dan membuat orang-orang di sana berasa senang. Tapi di sini berbeza. Ya Allah.

Dalam pada itu, suami kepada penyanyi Lesti Kejora itu turut menasihatkan netizen yang membenci dirinya dan isteri untuk tidak terus menghina anak mereka yang tidak bersalah.

Benci saja sama orang tuanya, jangan anak pula dijadikan sasaran kebencian anda.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Miss Universe Malaysia Cemas Diekori Pak Lebai, Pernah Ganggu Tahun Lepas - "Nampak Dia Calit Sesuatu Di Leher, Macam Minyak"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...