Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pak Ya Mahu Saman Malu Terhadap Lan Pet Pet Sebanyak RM 3 Juta?

Susulan video viral seorang pelawak terkenal memukul pengawal keselamatan, Lan Pet Pet mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut dan dikenakan denda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban semalam.

Advertisement

Bagaimanapun, mangsa yang dikenali sebagai Yahya Manap ataupun Pak Ya meluahkan rasa tidak puas hati dengan denda yang dikenakan terhadap Lan. Apatah lagi, sehingga hari ini beliau masih derita menanggung kesakitan akibat dibelasah teruk.

Denda cuma RM2,000. Pakcik yang kena bedal ini apa cerita. Pinggang masih sakit sampai sekarang akibat ditendang. Maruah pakcik yang tercemar apabila dia cakap persatuan penduduk ambil pengawal bodoh bagaimana pula?

Pakcik kena bedal sampai diberi cuti sakit (MC) selama tiga hari kemudian terpaksa sambung cuti lima hari lagi.

Pak Ya kini dalam proses untuk melantik peguam bagi mengemukakan saman malu terhadap Lan dan jika diikutkan hatinya mahu menyaman pelawak itu sebanyak RM 3 juta. Katanya, segala urusan saman itu akan diserahkan kepada peguam yang telah dipilih oleh menantunya.

Sumber Berita : Kosmo Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

40 Comments

  1. bodopiang

    April 16, 2019 at 12:16 pm

    kah kah kah ..
    ingat senang ke nak saman org sampai 3 juta ..
    selesai luar je lah ..
    ahhahahahahahahhahahaha…
    kang tak dpt duit saman .. berhutang mgan lawyer

    • Anonymous

      April 16, 2019 at 1:25 pm

      Bertenang Lan n family… Banyakkan bertaubat n muhasabah diri. G belajar sekolah pondok ke hape..rendahkan la diri. U are nothing but hamba Allah

  2. Anonymous

    April 16, 2019 at 12:07 pm

    Overnya mintak 3 juta

  3. lan pot pet

    April 16, 2019 at 11:41 am

    ada yg ajar pakcik ni..bab masa ni la nak amik kesempatan kan nak tompang sekaki…agak la 3 juta bkn cacat kekal…500k dh la…

  4. Sang Kalas

    April 16, 2019 at 11:21 am

    bkn salah pkcik ni pon..menantu yg lebih suh saman 3 juta..yg menantu nk kaut duit je..jgn la melbih² lagi..mmg la senang ckp dh minta maaf kira setel..tp utk saman smpai 3 juta mcm dh lebih sgt plak.jgn smpai korang plak kne tggung lawyer sudah..kes mcm ni mkn tahun jugak nk setel..dr buat penat baik bermaafan jela..Ramadhan pun dh dekat

    • Anonymous

      April 16, 2019 at 1:22 pm

      Klu reti dealing, lawyer ambik % je dr brp yg dpt dituntut. This one, confirm dpt menang saman. So, brp yg menang saman, get the % and bayar lawyer. Tu je. Takutkan pakcik tu pulak..ke takut bg pihak lan n che ta ni..

    • Poligami itu HALAL

      April 16, 2019 at 6:28 pm

      mestilah menantu nak kaut untung gak. hahahahhaha

  5. Nek Ta si dajjal besar

    April 16, 2019 at 10:51 am

    Yes pak ya! Ajar pelawak tak sedo diri tu! Biar dia tau langit tu tinggi ka rendah.. selama ni buat perangai takde org amik tindakan so suka ati dia ja bawak perangai jakun pi bedal org… biar buka mata si tua nenek ta jugak yg adik ipaq dia tu yg dajjal kecik… nekta pulak dajjal beso…. mampuih hang berdua!

Loading...
To Top