April 16th, 2019

Susulan video viral seorang pelawak terkenal memukul pengawal keselamatan, Lan Pet Pet mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut dan dikenakan denda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban semalam.

Bagaimanapun, mangsa yang dikenali sebagai Yahya Manap ataupun Pak Ya meluahkan rasa tidak puas hati dengan denda yang dikenakan terhadap Lan. Apatah lagi, sehingga hari ini beliau masih derita menanggung kesakitan akibat dibelasah teruk.

Denda cuma RM2,000. Pakcik yang kena bedal ini apa cerita. Pinggang masih sakit sampai sekarang akibat ditendang. Maruah pakcik yang tercemar apabila dia cakap persatuan penduduk ambil pengawal bodoh bagaimana pula?

Pakcik kena bedal sampai diberi cuti sakit (MC) selama tiga hari kemudian terpaksa sambung cuti lima hari lagi.

Pak Ya kini dalam proses untuk melantik peguam bagi mengemukakan saman malu terhadap Lan dan jika diikutkan hatinya mahu menyaman pelawak itu sebanyak RM 3 juta. Katanya, segala urusan saman itu akan diserahkan kepada peguam yang telah dipilih oleh menantunya.

Sumber Berita : Kosmo Online


40 responses to “Pak Ya Mahu Saman Malu Terhadap Lan Pet Pet Sebanyak RM 3 Juta?”

  1. Yekeni says:

    If my father kena belasah, i pun tuntut setinggi yg boleh. Yg suruh maaf bermaafan, bila kena keluarga baru boleh cakap. Semarah mana pun, tak boleh letak tangan. Cuba kalau pengawal tu sado, lebih besar, agak2 dia berani ke nak letak tangan. Tuntut dan biarkan mahkamah tentukan. Some people suka pandang rendah pada mereka yg berjawatan lebih rendah dari mereka. Mereka lupa yg semua pun human.

  2. my opinion says:

    ramai nye mangkok yg xpham
    ayat die “diikutkan hatinya mahu menyaman pelawak itu sebanyak RM 3 juta”
    but actual figure die serah kt lawyer die.. yg acah2 baik suh maafkan sebab xkene kt family korg an? bagus gak die saman. atleast jg pengajaran kt owg len. jgn pandang hina kt org len expecially guard, sbab ko kaya, ko artis, ko bagus?? leh wat suke2 ati ko?

    • makcik ko says:

      eh ko sentap…lebih plak….relax lah..xspe acah² baik..ko punya pendapat orglain pun ada pendapat…relaxx sudah….

  3. Cinta ku syg says:

    Saman jer pakcik, nanti berapa yg dapat mahkamah yg putuskan..kira yg mahal sbb harga diri pakcik kan. Semoga Allah membantu org yg benar..aminnnn.

Loading...