Baru-baru ini, selebriti dan usahawan popular iaitu Neelofa telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram memaparkan penampilan dirinya yang telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi hantaran tersebut, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor dilihat memakai skirt bersama boots berwarna hitam bersama perhiasan beg jenama Dior berwarna coklat.
Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah skirt yang digayakan oleh isteri kepada pendakwah, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz itu dilihat pendek sehingga mendedahkan bentuk kakinya.
Susulan itu, hantaran tersebut tidak disambut baik oleh pengguna media sosial yang menegur fesyen Neelofa itu tidak sesuai dengan imejnya yang berpurdah.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi kritikan kepada pengacara 33 tahun itu kerana sanggup mendedahkan bentuk kakinya demi berfesyen walaupun sudah menutup aurat sepenuhnya.
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir warga net yang mempersoalan sama ada suaminya bertanggungjawab memberi kebenaran pakaian yang digayakan oleh Neelofa itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.