Pak Nil Nak Taja Vaksin COVID-19 Berbayar, Ramai Netizen Tawar Diri Di Instagram

Hiburan

Pak Nil Nak Taja Vaksin COVID-19 Berbayar, Ramai Netizen Tawar Diri Di Instagram

Pengacara senior, Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil menzahirkan hajatnya untuk menaja vaksin COVID-19 berbayar kepada insan terpilih apabila tersedia kelak.

Aznil Haji NawawiSumber : Instagram Aznil Haji Nawawi  

Dia meluahkan hasrat tersebut menerusi satu hantaran di ruangan Instagramnya untuk tatapan peminat.

Advertisement

Kata Pak Nil lagi, meskipun pemberian vaksin adalah percuma namun memandangkan ianya akan mengikut fasa-fasa tertentu, pastinya akan ada vaksin berbayar buat mereka yang inginkannya dengan cepat tanpa perlu menunggu giliran.

Dia kemudiannya memberitahu akan mengambil vaksin yang berbayar jika tersedia kelak dan akan menaja beberapa orang tertakluk kepada harga setiap suntikan.

Advertisement

“Namun begitu, mungkin ada juga peluang untuk dapatkan vaksin dengan cepat dan tak perlu tunggu giliran dengan sedikit bayaran. Paknil ingat Paknil nak ambik yang berbayar. Ada sesiapa nak join Paknil? Paknil sponsor lah..tapi taklah ramai sebab harga pun tak tahu lagi.”

Meninjau ruangan komen, ramai netizen yang menawarkan diri untuk mendapatkan tajaan vaksin daripada pengacara Mikrofon Impian itu. Malah ada juga yang mencadangkan agar dia memberikan tajaan vaksin kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Aznil Haji Nawawi

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. anon

    February 5, 2021 at 11:22 am

    ponenn

Loading...