Pak Lah Dilantik Penasihat Baru Petronas

Trending

Pak Lah Dilantik Penasihat Baru Petronas

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dilantik sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berkuat kuasa 1 April ini selepas kabinet bersetuju memberikan amanat itu kepada beliau.

Advertisement

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Abdullah menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditamatkan perkhidmatan sebagai Penasihat Petronas oleh Kabinet pada 11 Mac lalu.

Pada 11 Mac lalu Kabinet sebulat suara menamatkan pelantikan Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas kerana berpendapat beliau tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada dan beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.

“Keputusan menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibuat oleh Kabinet kerana beliau tidak lagi mendukung kerajaan yang sedia ada, khususnya dalam melancarkan ‘Deklarasi Rakyat’ bersama pemimpin pembangkang,” – Najib

p/s kenapa perlu beri kepada bekas perdana menteri? Di malaysia ni ramai Dr, Professor serta ahli perniagaan yang hebat dan berpengalaman. Kenapa perlu diberikan kepada kroni?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...