Pak Lah Dalam Kenangan, Ubah ‘Pekan Koboi’ Kepala Batas Kepada Bandar Maju

Kehidupan

Pak Lah Dalam Kenangan, Ubah ‘Pekan Koboi’ Kepala Batas Kepada Bandar Maju

Legasi dan sumbangan besar Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi terus terpahat dalam ingatan rakyat, khususnya kejayaan beliau mengubah wajah pekan kecil Kepala Batas menjadi sebuah bandar yang moden dan maju.

Pengerusi Kariah Masjid Al Jamiul Badawi, Datuk Shariful Azhar Othman berkata ketika ditemui Kosmo Online,  kemajuan pesat yang dinikmati hari ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk setempat, malah turut mencerminkan perancangan pembangunan yang tersusun lengkap dengan pelbagai kemudahan serta infrastruktur untuk kegunaan komuniti.

Advertisement

kepala batas pak lah sumbangan

Apabila Pak Lah menjadi Timbalan Perdana Menteri, penduduk merasai kemakmuran dan selepas beliau memegang jawatan Perdana Menteri, kita boleh tengok Kepala Batas berubah dari sebuah pekan koboi menjadi sebuah bandar.

Kita telahpun menikmati jasa daripada Pak Lah yang bukan sahaja memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas sebanyak tujuh penggal malah menjadi Perdana Menteri 2003 hingga 2009.

Beliau turut memaklumkan bahawa satu majlis tahlil dan bacaan Yasin akan diadakan dalam masa terdekat bagi mengenang jasa Allahyarham.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Mohamad Saleh Rashid, 72, turut meluahkan rasa kagum terhadap kepimpinan dan kebijaksanaan Allahyarham dalam membangunkan kawasan Permatang Bertam.

Menurut beliau, meskipun pembangunan giat dijalankan di sekitar Bertam Perdana, Allahyarham tetap menitikberatkan kelestarian identiti dan suasana asal kampung tersebut agar kekal terpelihara.

Pembangunan yang dibawa Allahyarham tidak mengabaikan nilai tradisi. Beliau bijak menyeimbangkan antara kemajuan dan warisan kampung.

Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan impak besar bukan hanya kepada kawasan yang diwakilinya, tetapi juga dalam lanskap politik dan pentadbiran negara sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri dari tahun 2003 hingga 2009.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 weeks ago

(TAKZIAH) PM Ke-5 Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia Di Usia 85 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...