September 8th, 2017

Sekiranya anda pernah menonton filem komedi popular tahun 2010, Hantu Kak Limah Balik Rumah, pasti ingat watak Pak Jabit yang membuka sebuah warung di Kampung Pisang.
vlcsnap-2017-09-08-08h35m09s946

Pelakon watak Pak Jabit, Man Kadir, 72, telah meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Lanchang, Temerloh, Pahang, pada kira-kira pukul 7.10 oagi semalam.

Menurut Utusan Online, berita kematian pelakon filem Hantu Kak Limah itu dimaklumkan salah seorang anaknya menerusi akaun Facebook dan dikongsi rakan-rakannya.

Allahyarham yang turut dikenali dengan nama ManKadir Shamsi telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang , Temerloh, selepas solat zohor semalam.

Man Kadir ialah antara pelakon filem itu yang telah pergi meninggalkan kita.

Sebelum ini, Zami Ismail yang melakonkan watak Pak Abu telah meninggal dunia pada tahun 2011, manakala Azwan Annuar yang melakonkan watak Wan Kaswi meninggal dunia pada tahun 2015.-beautifulnara.com


Comments are closed.

Loading...