Pahang Jadi Lubuk Emas, Satu Gram Cecah Hingga RM290

Trending

Pahang Jadi Lubuk Emas, Satu Gram Cecah Hingga RM290

Sebut sahaja mengenai emas, umum pasti tahu bahawa emas merupakan antara sumber kekayaan yang menjadi perhatian di Pahang kerana ia menjana pendapatan lumayan.

Menurut laporan Kosmo, sumber kekayaan yang wujud di bumi Tok Gajah ini khususnya di Lipis dan Raub kini menjadi kegilaan penduduk tempatan dan orang luar untuk mendapatkan logam berharga itu.

Mana tidaknya, emas bernilai RM290 satu gram ketika ini boleh digali kawasan rumah.

Menurut faktor geografi, daerah Lipis, Raub dan Bentong sememangnya terletak dalam jajaran emas negara membuatkan daerah itu kaya dengan logam itu, menyaksikan perlombongan besar-besaran dilakukan terma­suk di Penjom, Lipis.

Advertisement

Malah sejak beberapa tahun lalu penduduk kampung sekitar Lipis telah mula giat menggali tanah di kawasan rumah masing-masing yang turut mempunyai galian emas.

Felo Penyelidik Kanan, Pusat Kelestarian Ekosistem dan Sumber Alam (Pusat Alam) Universiti Malaysia Pahang, Prof. Madya Dr. Mohd. Fakhrurrazi Ishak berkata, tiga daerah itu adalah Jajaran yang sangat terkenal dengan emas.

Sebenarnya, ia telah dilombong pada zaman penjajah British lebih 100 tahun dahulu. Lombong terbesar Penjom Goldmine juga berada di situ.

“Di kawasan Raub serta Lipis didapati mempunyai banyak galian emas, manakala di Gua Musang walaupun ada ditemukan emas tetapi agak sedikit tetapi ada mineral lain”

Tambahan lagi, kewujudan emas menyebabkan kawasan itu menjadi sasaran penjajah serta orang luar dan ia terbukti dengan pene­muan sebuah kapal disaluti tembaga terdampar di tebing Sungai Lipis baru-baru ini yang dibina pada 1800 bagi me­ngangkut emas dari negara ini.

Ketua Kampung Dada Ke­ring, Mat Isa Mat Lia, 65, berkata, kewujudan emas mendorong orang-orang luar datang ke daerah ini bagi menjarah logam berharga itu sejak dahulu lagi sehingga nama kampung itu juga diambil bersempena dengan perlombongan emas yang giat dilakukan di kawasan itu sejak lebih 100 tahun dahulu.

Pahang galian emas

Katanya, antara kawasan perlombongan yang terkenal adalah di kawasan pejabat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung yang telah pun ditambak.

Malah, kewujudan emas di situ sehingga kini menyebabkan banyak pihak luar datang seperti didedahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy berkata, penemuan emas di beberapa kawasan di negeri ini menyebabkan ada pihak yang cuba mengambil ke­sempatan terhadap pemilik-pemilik tanah terlibat.

“Adalah dinasihatkan agar semua pemilik tanah tidak terpengaruh dengan janji-janji manis bulan dan bintang daripada pihak-pihak yang berkenaan yang akhirnya akan menyusahkan mereka”

pahang galian emas

“Maka, elakkan kejadian yang sama berlaku sepertimana di Bukit Goh semasa aktiviti perlombongan bauksit dijalankan secara berleluasa di sana”

Hakikatnya Pahang mempunyai sumber dan kekayaan yang banyak dan biarlah hasil negeri dinikmati penduduk dan negeri.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Ja­nganlah biarkan sejarah kembali berulang ya.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...