Written by Bella | November 15th, 2019

Satu demi satu kontroversi menghimpit diri penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, daripada isu curang sehinggalah yang terbaru dimana dia ditangkap polis Singapura kerana bergaduh serta mengganggu ketenteraman di tempat awam ketika dalam keadaan mabuk.

aliff aziz

Tidak dinafikan apa yang berlaku membuatkan Aliff dikecam teruk netizen dan ada yang berkata sikapnya itu tidak pernah akan berubah.

Sering dilemparkan dengan kata-kata negatif, Aliff menerusi Insta Story di  akaun Instagramnya berkongsi kata-kata mengenai sikap orang yang suka mengumpat dan mengata. Muat naik itu berkait rapat dengan isu yang sedang berlegar dalam kehidupannya kini.

aliff azizTerdahulu, tersebar rakaman video menunjukkan Aliff bergelut dengan pegawai polis ketika ditangkap. Menerusi laporan portal Berita Mediacorp, Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan penangkapan terbabit selepas Aliff didapati bergaduh dengan seorang lelaki kira-kira jam 6.40 pagi di kawasan Orchard Road pada Ahad lalu. Ketika diarahkan untuk bertenang, dia enggan memberikan kerjasama dan terus mencetuskan kekecohan dalam keadaan mabuk.

35 responses to Pahala Dari Orang Yang Mengumpat – Dikecam Teruk, Aliff Aziz Muat Naik Kata-Kata ‘Deep’

  1. Ann says:

    Pahala berserta dgn amalan solat dan sebagainya. Bukan buat sebab dan harapkan org mengata, pas tu dapat pahala…

  2. syaitoonnnn says:

    kalau dah bodoh..jahil..jahat..perangai mcm setan, p bljr..bukan sndr mhukum..ko igt senang free ko nak dpt pahala mcm tu je?aku igt ko xde la sbodoh ini lip..rupanyaaa..ntahla level mana bodoh ko ni

  3. Anonymous says:

    sembang babi terbang. kau ingat kau ni suci sangat ke ? trash always be trash

  4. Anonymous says:

    Acah acah sesuci lebaran..guna nama Allah utk cover kesalahan

  5. OhAku! says:

    whatever it is, jgn la terus bercakap lg psl dy. arak tu antara dy nn tuhan. Allah maha mengampuni. Dosa korg bcakap sal dy klo dy tak ampun? meringkuk la kt padang mahsyar nti nk carik alif semata nk mntk maaf.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini