Kecoh di laman media sosial mengatakan bekas isteri Engku Emran iaitu pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella sudah bernikah dengan seorang pendakwah terkenal.
Tular berita berkahwin, jadi isteri ketiga
Khabar angin tersebut lebih ‘panas’ selepas Bella didakwa menjadi isteri ketiga pendakwah tersebut.
Dakwaan berkata pelakon tersebut telah melakukan majlis pernikahan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.
Sedar tentang penyebaran khabar angin tersebut, salah seorang ahli keluarga Bella tampil menafikannya.
View this post on Instagram
Bismillah… Saya ingin meluruskan bahawa berita pernikahan Ustaz Nuzul Dzikri dan Laudya Cynthia Bella tidak benar. Ini jelas kesalahan kami kerana terlalu cepat menyebarkan berita hanya dengan melihat beberapa posting.
Berita palsu, Bella sedih
Wanita yang bernama Kaditha itu berkata berita yang disebarkan palsu semata-mata dan tidak benar.
Kata individu terbabit, posting terdahulu yang berkaitan dengan isu pernikahan ini telah dipadam dan meminta orang ramai untuk tidak menyebarkannya lagi serta memohon maaf atas kekhilafan yang dibuat.
Saya cakap perkara ini dengan Bella, Bella sedih, maksudnya sedih kerana tidak sesuai kenyataan seperti itu. “Sumpah, saya tak habis fikir. Saya telefon Bella dan dia bilang ‘pahala buat saya’.