Tidak sampai setahun berkahwin, mahligai yang dibina oleh penyanyi Nonny Nadirah hancur musnah dan dia sah bercerai pada tahun lalu. Keputusan untuk membawa haluan masing-masing bukanlah sesuatu yang mudah.
Terbaru, menerusi akaun Instagramnya Nonny berkongsi kisah disebalik saat duka ketika bercerai dan beberapa lagi kisah peribadinya.
Dia turut memuat naik videonya yang menangis ketika membuat persembahan. Difahamkan, ia sehari selepas dia diceraikan.
“Pagi kena Perform, petang semalam baru kena cerai”
https://www.instagram.com/p/B-oZTjdpJdW/
Kongsi kisah peribadi untuk wanita diluar sana yang ditindas jadi lebih kuat
Nonny berkongsi kisah peribadinya itu bukanlah untuk meraih perhatian atau simpati tetapi berharap agar wanita lain di luar sana yang ditindas dan dibuli menjadi lebih kuat, bersemangat untuk bangkit daripada kesengsaraan.
Jika buntu, jangan segan kembali pada Allah SWT
Menurut Nonny, jika sudah terlalu buntu, janganlah segan untuk kembali kepadaNya dan memohon pertolongan untuk terus tabah menghadapi segala ujian.
Tambah Nonny lagi, dia masih berada di fasanya tersendiri dan hanya Allah SWT Maha Mengetahui.
Nonny pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2018 bersama seorang penerbit di sebuah stesen televisyen selepas sembilan tahun menyulam cinta. Namun, jodoh mereka tidak panjang dan perkahwinannya itu bertahan tidak sampai setahun.