Paduan Vokal Lelaki Ini & Siti Nordiana Menyanyikan Lagu “Memori Berkasih”, Buat Netizen Kagum.

Trending

Paduan Vokal Lelaki Ini & Siti Nordiana Menyanyikan Lagu “Memori Berkasih”, Buat Netizen Kagum.

imageResizeAndCropBukan sahaja penyanyi Siti Nordiana kagum ketika menyanyikan lagu duet ‘berhantunya’ dan Allahyarham Achik yang berjudul Memori Berkasih, bersama seorang lelaki dikenali sebagai ‘Khai Bahar’, malah netizen juga kagum dengan kelunakan vokalnya.

Lelaki tersebut yang berasal dari Sarawak telah menyertai Siti Nordiana yang lebih mesra dengan panggilan Nana itu berduet menerusi aplikasi ‘Smule’.

Advertisement

Agak memeranjatkan kerana vokal Khai dan Nana kedengaran sangat serasi ketika menyanyikan lagu tersebut.

Apatah lagi, sebelum ini Nana pernah mengeluarkan kenyataan sukar untuk mencari penyanyi lelaki yang mampu menyanyikan lagu ciptaan Patrick Khamis itu dengan baik.

Selain memuatnaik video nyanyian bersama Siti Nordiana di laman sosial Smule, Khai Bahar turut berkongsi paduan suaranya dan juara GegarVaganza musim kedua itu di akaun Youtube miliknya yang menggunakan nama ‘ Muhamad Khairul’.

Rata-rata komen yang ditinggalkan meminta Khai menjadi seorang penyanyi profesional dan menyertai pertandingan nyanyian serta program realiti TV.

Malah video duet Khai dan Nana juga telah ditonton oleh 287 ribu pengikut laman sosial Youtube.

Akaun Youtube Khai setakat ini mempunyai seramai 42 ribu ‘subscribers’ yang kebanyakannya peminat vokalnya.

Jom dengar gabungan mantap ini..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...