Dua pempengaruh, Khairul Aming dan Sofyank yang bekerjasama dalam satu video yang baru dimuat naik oleh mereka di media sosial telah menarik perhatian dan meraih pujian netizen.
Video tersebut dimuat naik semalam dan hanya selepas beberapa jam ia telah mendapat lebih 19 juta tontonan di Instagram dan 3.4 juta di TikTok.
Masing masing guna kelebihan sendiri
Sudah tentu Khairul Aming menggunakan kelebihannya dalam memberikan penerangan yang mudah difahami manakala Sofyank pula menggunakan kepakarannya dalam menyunting video.
Tidak hanya menerangkan tentang apa yang berlaku, mereka juga menerangkan mengapa ia dikira sebagai genocide serta turut menceritakan sejarah negara Palestin sejak 1917 termasuklah peristiwa Nakba yang berlaku pada tahun 1948.
Meskipun video itu agak panjang berdurasi 8 minit namun ia padat dengan informasi dan cara penyampaian mereka juga mudah difahami oleh semua orang.
Rakyat berbangga dan berterima kasih
Video tersebut mendapat perhatian masyarakat di platform media sosial dan rata-ratanya berterima kasih dengan dua pempengaruh ini kerana berusaha menyebarkan kesedaran tentang Palestin.
Ramai akui berbangga dengan Khairul Aming dan Sofyank selain turut mendoakan Palestin.