Pasangan Youtuber Sugu Pavithra yang terkenal dengan video masakan merekta dilaporkan tidak mahu lagi memuat naik sebarang video masakan mereka di Youtube.
Mereka dikatakan telahpun memadam kesemua video yang pernah dimuatnaik sebelum ini di saluran berkenaan setelah berlakunya kontroversi yang tular baru-baru ini.
Akaun Youtube mereka yang kini mempunyai lebih 787,000 subscribers, tidak lagi mempunyai sebarang kandungan video yang telah dimuat naik sebelum ini.
Sugu Pavithra mula mencipta nama apabila video masakan mereka yang fasih berbahasa Melayu diminati seluruh rakyat Malaysia dan ianya turut mendapat perhatian daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.