Akhirnya setelah melalui pelbagai kontroversi yang tercipta menerusi perkongsian gambarnya di Instagram, Nabila Huda telah melakukan satu tindakan drastik dengan membuang kesemua gambar yang pernah dimuat naik olehnya. Tiada lagi kisah hidup Nabila Huda untuk kita tatapi dan semoga ia juga akan menghentikan pelbagai kisah tidak elok untuk pelakon ini.
Hanya satu gambar sahaja yang masih berada di Instagram Nabila Huda iaitu gambar di atas yang menunjukkan dirinya ‘just upset’. Nabila turut menulis status terakhirnya yang penuh makna. Tulis Nabila:-
I’ve had it. hence, I’m gonna put an end to all of this so called drama.No more story of my life for u to feed on.So u can stop with all of the speculations,bad mouthing,judging allegations,insulting and more.Thanks to those who believe in me.I’m moving on with my life.How bout you do the same..:)
Abang Nara bersetuju dengan tindakan Nabila Huda ini. Memang tidak salah untuk Nabila Huda membuat perkongsian aktivitinya di Instagram, namun dengan beberapa siri kontroversi sejak kebelakangan ini, ini adalah langkah terbaik untuk menyejukkan keadaan buat sementara waktu. Sekurang-kurangnya ayah Nabila Huda iaitu pasti akan berasa lega dengan keputusan ini. Apa pula pendapat anda?