Written by Bella | October 7th, 2019

Rumah tangga pelakon Natasha Hudson sekali lagi bergolak dan menjadi tanda tanya netizen selepas dia seakan memberi bayangan sudah berpisah serta telah memadam semua foto suaminya di akaun Instagram.

natasha hudson sudah bercerai kali keempat

Natasha menerusi Instagram Stories juga menjawab pertanyaan dari pengikutnya yang bertanya mengenai bagaimana cara untuk menghadapi masalah suami curang. Kata-katanya begitu mendalam maksudnya, Natasha menasihati para isteri yang sedang berada di situasi tersebut untuk mencari kebahagiaan sendiri seperti mana yang dia telah lakukan.

natasha hudson cerai

Bukan itu sahaja, Natasha juga meluahkan perasaannya dengan memberitahu dia sering mendapat sesuatu yang tidak kekal dan belum lagi tiba masa untuk menerima kehadiran seorang yang setia dalam hidupnya.

natasha hudson

Natasha mendirikan rumah tangga dengan usahawan dari Kelantan, Noor Nashriq, pada Disember tahun lalu dan ia merupakan perkahwinan keempatnya.

Terdahulu, pada Oktober tahun lalu juga, Natasha mengejutkan ramai apabila dia mengaku sudah bercerai dengan bekas suaminya, Carleed Khaza yang dinikahi pada 2012. Hasil perkahwinan ketiganya itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Kalila dan Faatimah.

Sebelum itu, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 dan Datuk Shahrin Zahari pada 2007.

Sumber Berita : mStar Online

25 responses to Padam Foto Suami, Natasha Hudson Beri Bayangan Bercerai Kali Keempat?

  1. kot kecik says:

    Kahwin dengan kelantan je mesti hancur rumahtangga

  2. Sue says:

    I admire her strength, will and determination to marry again and again. Biasanya org pompuan akan serik nak go into another relationship dah kalau dapat laki tak guna atau laki adalah punca masalahnya. Kalau nak go into another relationship sekalipun, it’ll take years sebab pompuan tu akan lebih berhati2. I wonder sometimes what would be the effect this has on her children kahwin, cerai, kahwin, cerai camtu. Sometimes, it is better to just be single and focus on oneself and those around us.

  3. Anonymous says:

    Senang dapat, senang nak buang. Mcm pakai tisu… pakai buang je. Kalau dah sampai 4 kali kawin cerai.. nampak sangat pompuan ni bermasalah. Kawin pun bukan pernah lama.. setahun 2 je.

  4. Anonymous says:

    Aku jarang nak condemn perempuan yg bercerai ni sebab bagi aku laki skrg mcm sampah. Tapi kalau kau dh kawen cerai 4-5kali, mmg kau la yg bermasalah Natasha oiii.

  5. cik halia says:

    lepas ni takyah la cepat-cepat nak kawin..tak letih ke kawin cerai..walaupun semua tu jodoh,tp x salah kalau fikir masak2 sebelum get into another relationship..sekali dua cerai boleh terima akal..tp kalau dah masuk keempat tmbh pulak sebg wanita,bawak2 la muhasabah diri

  6. Brunes says:

    sian dia ni, itu je aku nak cakap.. malas nak komen lebih2

  7. kak jemah says:

    perkahwinan is a life time comitment…ade up and down..klu u expect sumenye happy jer memang 10 kali lah u kahwin cerai. Org dulu2 family jodohkan x bercinta pon elok jer kekal sebab diorg fikir pasal tangungjawab sebagai isteri dan suami. cuba bawak2 bersabar setiap kali ade masalah dan cuba berbincang selesaikan klu tak leh selesai juga tu jalan akhir barulh bercerai.

  8. waduh2 says:

    natasya awk ade ank kecil. get your life la. xyh nk pkir kwin2 lg dah. buat bisnes n sara diri nk ank2.klu btl nk kwen skli pn beter rujuk your ex. carlid. dia nmpk mcm baik n penyayang. nk korg pn ade ank kn. cume dlu ko yg tgglkn dia n curang sbb nk kjar cinta bisnesman. maaf ye klu aku salah.

  9. okssara says:

    zaman skng yg byk aku dgr asal gado bini mesti sebut baik bcerai je. ceraikan aku. huh.. laki klu jnis baran or xsabar mmg laju la lafaz cerai. ahirnye korg jgk yg rugi. kasih syg terlerai mcm tu je.

  10. Peah says:

    BERMASALAH DIA NI

  11. Aida Musa says:

    U just another girl natasha, nak mewah saja. Kalau betul cari bahagia, bahagia itu dihati kau natasha oii .. kau cari bahagia dengan orang, tak jumpa. 4 suami, 4 jenis kau dapat. Semua pun kau tak suka. Semua pun salah suami. Islamic kau skalipun, tapi kau curang juga dengan suami then ngap lelaki kaya. Be independent, belajar cari rezeki sendiri, hidup dengan anak-anak la until u really sure. But i tell u, carlid tu baik .. sikit-sikit kerenah tu biasalah, kau pun ada juga kerenah yang dia tak suka. Dia ok je. Kau buat dia mcm tu sekali konon hidup miskin dengan dia .. miskin apa. Kau yang pilih nak hidup ekstrem berpurdah, rumah kosong macam tu. Hidup berumahtangga, bila suami dah baik, sama-sama lah bina & cari rezeki. Itulah syukur namanya, feeling contented. Kau dapat yang kaya pun tak senang juga. Jangan buka tudung sudah lepas ni .. zarina, haaa tepok!

  12. org kite says:

    btl aida. carlid tu baik. xsilap aku kn mse tgk romantika. ank si natasya merajuk, menanges. si carlid ni dokong. pujuk. so bapa2. mse tu dorg xde ank lg. 2 org ank natasya hasil pkwinan yg dlu. carlid take a good care of her doter. xbsyukur lg ke?

  13. Anonymous says:

    tapi kalau sampai 4 kali something wrong ..hehe

  14. Jini says:

    Tudung dia pun Makin lama dh nmpak huraian rambut..mcm nk tercabut dh..Dr berpurdah/berjubah..smpai la gayanya terkini.adakah beliau….

  15. Rahsia says:

    Mmgla carlid baik.. tp tau ke apa natasha lalui? Kalau laki psycho jealous xbertempat.. bini lawakan sabar pun ada had mana boleh tahan terlalu jealous walau xde ape pum tu pkai purdah tu.. carlidnpaling ok tp… laki dia lain mmg semua k.o ada hartakan.. dato dlu pun sama.. main prempuan semua huhu prempuan makin tua makin nk ke arah Kebaikan but not laki.. xsedo2 so faham2 lah ye huhu jgn tuduh sukahati if xtau cerita ?

  16. AkaKantin says:

    Kawin dengan bayang bayang jelah NH..Sebab kau ingat perkahwinan ni nak ikot telunjuk apa yang kau hajatkan ke..Faham tak konsep QadaQadar..Bertolak ansur..Menerima kekurangan orang lain dan saling lengkap melengkapi…Kalau semua ni kau tak boleh nak berlapang dada…Ko kawin lah seberapa banyak mana pun..kau tak akan jumpa apa yang kau nak….

  17. Gigih says:

    Gigih tul dia ni khawin cerai, khawin cerai, tak tau Sape masalah.

  18. haisshh says:

    dia punce sbenarnye sikap. klu ade tolak ansur fhm brtimbang rse pecaya utk ape si carlid ttbe nk kuat cemburu. cemburu buta? saiko? klu sikap natasya ok myb si carlid tu pn ok je. xde hal. msti ade sbb kwn tu jdi mcm tu. bcoz of her atitude.

  19. gila says:

    ape kau merepek syaitan…

  20. lempang nk says:

    weh gila da tau gila lalu sini wt ape

  21. Anonymous says:

    You might be a strong woman natasha, but your children are still small. Takut diorang nanti yang terganggu.

  22. Joy says:

    Klu aku x khwin dgn ppm ni..dh rabak

  23. Jamil says:

    Nashriq ni takde duit. Harapkan mak bapak gak dia ni. Kawin pun dah dua kali dengar kata. Kerabat n pramugari. Natasha yg duk bela si dia ni siap belikan keta Bagai. gugur anak dua kali kesian gila natasha ni. Husband Tak teman kat hospital semua. Mamat ni pulak dia ni duk main perempuan sini sana bawak rumah Pastu Kantoi. Tasha dah file cerai bulan 4 sebenarnya ke Mamat ni tapi kesiankan pergi la balik kasi chan. Natasha ni org yg berdikari dari dulu tu Sebab dia Tak hairan nak lalui hidup sendiri. Dia nak org bimbing dia je. Kecewa la suami penipu besar. Kata source kita memang dia ni selalu hadapi rumahtangga Suami semua Buat hal atau nak kikis duit hasil kerja dia. Dia ni simple je org nya Tak Byk kerenah. Jadi kalau kita Tak tahu cerita baik la jgn kutip dosa fitnah. Tak maksud org berdiam diri tu Tak nak share apa jadi tapi Tak nak Low mcm org yg low class ni Laki Mcm ni Tak kan belajar la tapi tau nak seksa anak org je. Sedih. Tak respect langsung org guna agama ni. Mona natasha Tabah hadapi segalanya Dan fokus pd diri sendiri. Org cantik Byk lagi yg baik kat luar tu…

  24. Anonymous says:

    Jamil..5.36am,
    tpi kenapa ye 4 kali gagal.

  25. bukan siapa siapa says:

    Nenek saya cerai 4 kali, suami kelima bahagia hingga hujung nyawa. X boleh simply judge manusia based on marriage history le. Tu ujian hidup dia. Allah temukan dengan jodoh2 dulu sebagai pengalaman hidup.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini