Pelakon Fiza Halim hari ini telah mencuri perhatian netizen apabila fotonya bersama pelawak dan pelakon Saiful Apek dilihat terlampau mesra sekaligus mengundang pelbagai andaian daripada warga maya.
Meninjau ruangan Instagram pelakon wanita itu, kini sudah tiada foto suaminya dan muncul pula persoalan adakah Fiza sudah tidak lagi bersama Aizat Al-Jefri (suami).
Foto tersebut telah dimuat naik sendiri Fiza di laman Instagramnya di mana dia dilihat duduk rapat sambil berlaga bahu dan bersentuhan tangan bersama Saiful Apek.
View this post on Instagram
“My forever couple seat..sifu Saiful Apek. Jangan hampakan hasrat pengurus kita.” ujarnya menerusi kapsyen.
Melewati bahagian komen, rata-rata peminat tampil mengecam tindakan Fiza yang dianggap tidak manis kerana statusnya sebagai isteri orang.
Malah, ada juga yang memberi komen bahawa Fiza kini sudah kembali solo dan disebabkan itu dia berani berkelakuan sedemikian.
Terdahulu, Fiza telah bernikah kali ketiga dengan seorang juruterbang bernama Aizat Al-Jefri Abdul Kudus dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aleena yang kini berusia 3 tahun.
Sebelum itu, Fiza mendirikan rumah tangga bersama Adam AF dan perkahwinan pertamanya bersama dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin.
Hasil perkongsian hidup dengan Farriq, mereka dikurniakan dua anak iaitu Ferra Aryana Ahmed Farriq,12, dan Feeya Adyra Ahmed Farriq, 11 tahun.