Padam Foto Lama, Muat Naik Gambar Seksi, Akaun IG Nonny Nadirah Digodam?

Hiburan

Padam Foto Lama, Muat Naik Gambar Seksi, Akaun IG Nonny Nadirah Digodam?

Semalam, akaun Instagram milik pelakon Nonny Nadirah telah mencuri perhatian pengguna media sosial apabila terdapat sekeping foto telah dimuat naik di mana ianya telah memaparkan video seorang wanita yang berpakaian seksi.

Dalam video tersebut, seorang wanita mirip Nonny memakai seluar pendek aras peha dan turut mengenakan visor bagi melindungi wajahnya di sebuah kereta.

Advertisement

“It’s good to be back.” tulisnya di ruangan kapsyen foto tersebut.

Walau bagaimanapun, ruangan komen juga telah ditutup bagi menghalang sebarang komen ditinggalkan netizen.

Malah, foto-foto lama Nonny juga sudah tidak kelihatan di laman Instagram pelakon itu.

Nonny NadirahSumber : Google  

Timbul persoalan adakah akaun Instagram pelakon drama Melankolia ini digodam pihak tidak bertanggungjawab?

Terdahulu, Nonny pernah menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon Niezam Zaidi sehingga hampir untuk ke jinjang pelamin namun akhirnya putus di tengah jalan.

Nonny NiezamSumber : Google  

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 43,000 tontonan daripada warga maya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...