December 9th, 2015

Aktres baharu Atikah Suhaime sebelum ini tidak pernah menyorokkan kisah cinta beliau bersama teman lelakinya yang merupakan seorang juruterbang.

Malah beliau juga boleh dikatakan sering memuat naik foto mereka bersama sehingga mengundang beberapa kontroversi.

Namun, sejak dua menjak ini Atikah tidak lagi berkongsi foto beliau bersama kekasih dan nampaknya hampir semua foto mereka berdua di Instagram telah dipadam. Aik, apa yang sudah jadi?

Ramai yang mempercayai bahawa hubungan mereka sudah berakhir dan Atikah juga ada memuat naik  foto yang menggambarkan beliau seakan sudah meninggalkan satu hubungan yang dibina.

Erm, betul ke mereka sebenarnya sudah putus cinta? Jika benar tidak apalah Atikah, kami pasti ada ramai lagi jejaka diluar sana yang mengidamkan anda untuk menjadi teman wanita.  Kumbang bukannya seekor bukan?


Comments are closed.

Loading...