Padam Foto Berhijab, Tindakan Dahlia Terus Dikecam – “Orang Buang Gambar ‘Freehair’ Sebab Dah Bertudung, Kau..”

Hiburan

Padam Foto Berhijab, Tindakan Dahlia Terus Dikecam – “Orang Buang Gambar ‘Freehair’ Sebab Dah Bertudung, Kau..”

Penyanyi baharu, Dahlia Johan mencuri perhatian apabila bertindak memadam hampir semua gambar lamanya ketika berhijab di Instagram, meninggalkan hanya satu hantaran memaparkan kehadirannya ke Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) di Genting Highlands pada 13 September lalu.

Tindakan itu menimbulkan persoalan ramai kerana kebiasaannya seseorang akan membuang foto ‘freehair’ selepas mula berhijab, namun Dahlia melakukan sebaliknya, lapor Kosmo!

Advertisement

Malah, penampilannya tanpa tudung semakin mengundang kecaman apabila ada yang menyamakan imej barunya dengan patung seram Annabelle.

putri dahlia tak bertudung

Rata-rata pengikut menyifatkan langkah tersebut pelik dan menongkah arus, apatah lagi selepas Dahlia sebelum ini pernah tampil berhijab selama 15 tahun.

Kata salah seorang netizen,

Orang buang gambar ‘freehair’ sebab dah bertudung, kau buang gambar bertudung sebab ‘freehair’.

Namun, penyanyi berusia 21 tahun itu menjelaskan keputusannya dibuat kerana mahu memulakan perjalanan baharu dan mendapat restu penuh daripada keluarga termasuk ibunya, Datuk Nora Ariffin.

BACA: “Lebih Ramai Orang Mengata, Lebih Menambah Pahala Saya” – Putri Dahlia Tak Heran Dikecam Disebabkan Imej ‘Freehair’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...