Penyanyi popular era 90-an, Aishah telah memberi amaran kepada individu yang menggunakan fotonya di media sosial untuk mempromosikan produk serta program menurunkan berat bada supaya memadamnya dalam tempoh 24 jam.
Menurut Aisyah, amaran itu dikeluarkan kerana tidak mahu masyarakat di luar sana tertipu dengan iklan produk yang mengelirukan dengan mengatakan dia kini hilang berat badan kerana mengikuti program individu berkenaan.
Dia dilihat telah memuat naik sebuah entri meluahkan perasaannya itu menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
“Shame on you for manipulating my weight loss journey by implying that i had a weighloss coach sucah as yourself. Please ya saya bagi awak 24 jam untuk padam entri tersebut,”
Berikutan amaran itu, difahamkan individu tersebut telah memadam entri iklan berkenaan. Aishah kemudiannya menjelaskan pendiriannya yang tidak mahu fotonya disalah gunakan pihak lain untuk mendapatkan keuntungan.
Mengimbas kembali, penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu kini lebih langsing setelah menjalani pembedahan bariatric serta diet dan pemakanan sihat.