Padam 800 Gambar Dedah Aurat Di Instagram, Hannah Delisha Terima Teguran Netizen

Hiburan

Padam 800 Gambar Dedah Aurat Di Instagram, Hannah Delisha Terima Teguran Netizen

Pelakon yang kini semakin cantik dan manis apabila setelah mengenakan hijab, nampaknya telah tekad memadam hampir 800 gambar tidak menutup aurat di Instagram miliknya baru-baru ini.

Instagram Hannah DelishaSumber : Instagram Hannah Delisha  

Hannah Delisha atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch yang telah memakai tudung hampir lima bulan yang lalu akhirnya mengambil langkah tekad apabila menghapus gambar yang memaparkan dirinya tidak menutup aurat.

Advertisement

Ternyata, tindakan Hannah telah menerima reaksi positif dan sokongan daripada netizen yang rata-ratanya gembira melihat perubahan artis wanita itu.

Ada juga yang berpendapat bahawa pelakon Cinta Sekali Lagi itu amat menitikberatkan kepentingan menjaga aurat apabila berada di media sosial. Apa yang lebih membuatkan peminat semakin ‘jatuh cinta’, Hannah juga kini dilihat gemar memakai hijab yang menutupi bahagian dada.

Sebelum ini, Hannah dilaporkan telah mendapat teguran daripada warga maya apabila foto-foto tidak menutup aurat aktres itu masih wujud di Instagram meskipun dia telah mengenakan hijab. Namun ada juga yang memahami dan beranggapan bahawa Hannah memerlukan masa untuk melakukannya kerana terikat dengan beberapa kontrak lakonan dengan pihak penerbitan.

Hannah telah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya pada September tahun lalu dengan alasan telah lama menyimpan niat untuk melakukannya setelah sekian lama. Perubahan itu telah menerima pelbagai respon positif dan turut mendapat pujian ramai.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...