Budaya hutang bukanlah sesuatu isu yang baru. Pemberi hutang pastinya mempunyai rasa segan dan malu untuk meminta hutang. Si pemiutang akhirnya terpaksa tebal muka untuk meminta kembali duit yang sudah dipinjamkannya.
Baru-baru ini, tular di Indonesia seorang wanita mengambil langkah berani untuk meminta hutang dari temannya. Dia nekad menghantar buku Yaasin dan Tahlil kepada seluruh keluarga penghutang dan ditampal sekali gambar si penghutang.
Menerusi posting group Facebook “SGD – Pencarian Orang Lupa Bayar Hutang”, wanita berkenaan yang bernama Jeanis Dealova memberitahu semua ahli group berkenaan akan seorang penghutang tidak membayar hutang dan telah melarikan diri.
Dia yang kecewa dengan sikap penghutang yang bernama Nuril Lailatul dan bertindak menyekatnya di semua akses media sosial.
Jeanis menampal gambar Nuril dengan jelas di muka depan Yaasin berwarna hijau. Dia yang meminta kembali wang sebanyak Rp. 100 juta bersamaan RM28,000 yang dipinjam oleh Nuril.
“Mengingati kematian Allahyarham Nuril Lailatul Zuhro”
Posting berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi, 219 komen dan 61 perkongsia di Facebook dan ada warga maya yang mengecam namun ada juga yang menyokong perbuatannya.
“Sebenarnya, jika dia ingin membayar secara ansuran, itu disebut sebagai bertanggungjawab, Tetapi dia malah menyekat semua akaun media sosial saya dan kawan-kawan yang lain. Jumlah hutang adalah Rp. 100 juta”.
Jeanis yang kesal dengan tindakan Nuril bertindak memesan Yaasin lalu menghantar buku Yaasin berkenaan kepada keluarga Nuril dan menganggap bahawa Nuril telah meninggal dunia.
“Ya, itu gambar Nuril yang berhutang dengan saya dan rakan-rakan yang lain. Saya memesan buku Yaasin. Kemudia saya kirimkan kepada keluarganya”.
Jeanis menjelaskannya dengan nada yang marah.