Seorang pekerja lelaki di Taiwan dipotong gaji oleh majikannya kerana banyak menghabiskan masa di dalam tandas ketika bekerja.
Menurut laporan Oriental Daily, tindakan majikan yang membuat demikian nyata mengundang rasa tidak puas hati pekerjanya. Lelaki itu akan menghabiskan purata dua jam sehari di dalam tandas atau 49.5 jam sebulan.
Dia menjadi lebih berang apabila tidak dimaklumkan oleh majikannya akan pemotongan gaji disebabkan terlalu lama menghabiskan masa di dalam tandas.
Menerusi posting di Facebook lelaki itu, dia bekerja 195 jam dengan bayaran sebanyak 106 yuan (RM67) untuk satu jam.
Namun, sebaik sahaja menerima gaji, dia menyedari sebanyak 4,400 yuan (RM2,783) telah dipotong.
Sementara itu, rakaman CCTV di pejabatnya juga mendapati dia menghabiskan masa hampir 50 jam di dalam tandas sedangkan peruntukkan penggunaan tandas hanya satu jam sehari.
“Walaupun saya berada di dalam tandas untuk tempoh yang lama ia tidak bermaksud gaji saya boleh dipotong”.
Keluhannya di Facebook menyebabkan dia diugut akan dipecat. Dia terpaksa akur dengan pemotongan gaji kerana bimbang dibuang kerja.