Padah Tap Tanpa Kira! Ini Rupanya Sebab Utama Generasi Muda Sekarang ‘Miskin Senyap’ Walaupun Kerja Keras

Branded

Padah Tap Tanpa Kira! Ini Rupanya Sebab Utama Generasi Muda Sekarang ‘Miskin Senyap’  Walaupun Kerja Keras

Siapa ingat lagi buku 555? Dulu, buku inilah yang mengajar kita disiplin mengawal wang dan  membezakan antara keperluan dan kemahuan melalui catatan manual, serta menjadi asas  penting untuk memahami aliran tunai peribadi.  

Kini, transaksi digital seperti kad debit, kad kredit, dan pembayaran QR telah menjadikan  perbelanjaan terlalu mudah dan perkara ini sering menyebabkan kita lalai, berbelanja secara  impulsif dan akhirnya terkeluar dari bajet yang dirancang.  

Jadi, dalam era tanpa tunai ini, timbul satu persoalan, mana yang lebih baik digunakan untuk  mengurus kewangan harian? Kad kredit yang menawarkan ganjaran tapi berisiko hutang, atau  kad debit yang terikat terus pada had wang kita? 

Kalau korang nak tahu, jom dengar perkongsian antara KJ dan Mr Money dalam episod terbaru  Keluar Sekejap Lagi! 

Tap, Tap, Tap Tanpa Melakukan Pengiraan Akan Mendatangkan Masalah 

Di awal podcast ini, KJ dan Mr Money bertukar pendapat tentang bagaimana setiap generasi  menggunakan wang mereka dan ke arah mana aliran kewangan mereka pergi.  

Sehinggalah satu ketika, di mana KJ bertanyakan pandangan Mr Money tentang generasi kini  yang terikat dengan pelbagai jenis hutang, termasuk hutang kad kredit.  

“Dulu kita dapat rasa kekurangan wang apabila bayar menggunakan wang kertas atau syiling.  Tapi, dengan kad kredit, yang merupakan pinjaman bank, kita tak rasa duit keluar” 

Mr Money tekankan bahawa situasi ini menjadi salah satu punca kenapa ia mendatangkan  masalah dari sudut kewangan, kerana kita tak rasa wang keluar dan masuk.  

Tambah KJ, jika dibandingkan dengan kad debit, sekurang-kurangnya kita tahu kita  membelanjakan wang kita sendiri dan dari situ juga kita akan lebih cakna tentang keperluan dan  kemahuan.  

Selain itu, Mr Money juga berpendapat bahawa dengan menggunakan kad debit, ia akan  memudahkan kita untuk menjejaki aliran tunai menerusi analisis yang ditetapkan pada aplikasi  perbankan.  

Kalau anda nak tahu lebih lanjut, mana satu pilihan yang terbaik untuk mengurus kewangan  harian, tonton episod terbaru podcast Keluar Sekejap Lagi. 

Menggunakan Kad Debit Adalah Pilihan Lebih Bijak, Ini Sebabnya 

Jujur cakap, kalau tanya kami, kami lebih prefer untuk menggunakan kad debit berbanding kad  kredit. Tapi, kenapa?  

Jawapannya, pantas, selamat dan mudah diakses di mana-mana!  

Nak buat pembayaran, cuma tap saja, dan kalau bawah RM250, korang tak perlu masukkan  nombor PIN tau. Pantaskan? Jauh lebih laju daripada tunggu eWallet korang loading… 

Kalau korang berada dalam situasi di mana kad debit hilang, korang tak perlu risau sebab korang  boleh bekukan kad serta-merta menggunakan aplikasi perbankan.  

Psst, setiap transaksi yang korang lakukan, semuanya on-the-spot masuk dalam notifikasi, jadi  tak ada benda yang perlu dirisaukan lagi sebab ianya memang selamat! 

Paling penting, kad debit ni boleh digunakan di mana-mana saja tak kira kedai runcit ke pusat  belah ke, semua ada! Korang pun boleh hubungkan ke Apple Pay, Google Pay atau Samsung  Pay.  

Dari segi perbelanjaan pula, korang kawal 100% sebab korang hanya guna apa yang ada dalam  akaun bank, senang nak buat bajet!  

Kalau belanja dalam talian, korang boleh set spending cap harian dalam aplikasi perbankan tau,  tak ada lah korang nak overspend nanti! 

Paling best, kalau guna kad debit, korang akan dapat macam-macam pulangan tunai dan hadiah  lumayan tau!  

Jadi, tunggu apa lagi, jom berbelanja dengan lebih bijak dan yakin dengan kad debit. Maklumat  lanjut, ikuti media sosial Pay With Debit di Facebook, Instagram, X dan TikTok.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...