Padah Rakam Video Bawah Skirt Wanita, Penghantar Makanan Didenda RM7,000

Trending

Padah Rakam Video Bawah Skirt Wanita, Penghantar Makanan Didenda RM7,000

Baru-baru ini, seorang lelaki didakwa merakam video di bawah skirt seorang wanita bulan lalu. Lelaki yang merupakan seorang penghantar makanan didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.

Lelaki itu, Shahidan Mohammad, 46, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Advertisement

Mengikut pertuduhan, bapa kepada enam anak itu didapati mengganggu kesantunan seorang wanita berusia 38 tahun dengan merakam video menggunakan telefon bimbitnya yang diletakkan di bawah skirt mangsa.

Kesalahan dilakukan di lif sebuah pangsapuri di Bandar Damai Perdana, pada jam 9 malam, 20 Februari lalu.

Atas kesalahan itu, dia didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya. 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairul Iqram Hairuddin mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

“Perbuatan itu jelas menunjukkan tertuduh tidak menghormati serta mengganggu kesantunan wanita, maka kami harap mahkamah dapat memberi hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam perlu melebihi kepentingan peribadi,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, S Priyalatha merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan atas alasan perlu menyara isteri dan anak-anak berusia 17 hingga lima tahun.

Sumber : Canva

Gambar Hiasan

“Anak guam saya memohon maaf kepada semua pihak terutama mangsa dan memohon budi bicara mahkamah agar memberi hukuman denda yang minimum,” katanya.

Mengikut fakta kes, ketika mangsa berada di dalam lif bersama lelaki yang tidak dikenali, merupakan penghuni pangsapuri berkenaan, mangsa berasa lelaki itu mencubit pahanya.

Curiga dengan kejadian yang menimpa, mangsa meminta pihak pengurusan menunjukkan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Macam-macam ya sekarang ni..semoga kes ini dapat diadili dan nasib wanita terus dibela..Aamiin

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...