Pertarungan tinju yang dinanti-nantikan antara dua personaliti media sosial, DMA Islam dan Abang Koroy akhirnya berpihak kepada Koroy selepas menewaskan lawannya di pusingan ketiga dalam perlawanan yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Aksi tersebut yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, sebelum ini mencetuskan kekeliruan apabila perlawanan diumumkan ditangguh secara mengejut oleh pihak penganjur.
Namun begitu, perlawanan diteruskan semula dan disambung seperti biasa.
Dalam pertarungan sengit itu, DMA terpaksa akur apabila tumbang dek tumbukan padu Abang Koroy di pusingan ketiga, sekali gus menobatkan Koroy sebagai pemenang dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM12,000.
Pertembungan mereka menjadi topik hangat di TikTok dan Instagram, mencetuskan ribuan reaksi netizen.
Antara isu yang turut dibincangkan oleh pengguna media sosial termasuklah sikap DMA Islam yang sebelum ini tular kerana menggunakan bahasa kasar dan nada provokatif dalam beberapa video, menyebabkan timbul persoalan tentang kelayakannya dijadikan ikon kepada generasi muda.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.