Padah Menggaji Imigran Haram Di Premis, Dua Pemilik Restoran Didenda RM90,000

Trending

Padah Menggaji Imigran Haram Di Premis, Dua Pemilik Restoran Didenda RM90,000

Umum sedia maklum bahawa setiap kesalahan yang melanggar undang-undang akan dikenakan kompaun atau denda.

Terbaru, dua pemilik restoran didenda RM90,000.00 oleh Mahkamah Sesyen Tawau hari ini atas pertuduhan menggaji dan membenarkan imigran haram tinggal di premis perniagaan mereka.

Advertisement

Pemilik tersebut yang bernama Goh You Chai, 61, dan Chin Kwang Vui, 49, masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-kedua tertuduh secara bersama didapati telah membenarkan Jessica Samuel, 21, Margareta Sanoa, 36, (warga Indonesia) dan Felixander Subida, 30 tahun, (warga Filipina) untuk masuk dan tinggal di premis milik mereka di Weijiabao Noodle House, Kubota Central, dekat sini, jam 11.40 pagi pada 17 Ogos 2019.

Bagi kesalahan itu, mereka masing-masing berdepan hukuman denda maksimum RM30,000 atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap imigran haram ditemui di premis, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tawau, Pilin Kendry memohon hukuman setimpal terhadap kedua-dua tertuduh mengambil kira faktor kepentingan awam.

Pun begitu, kedua-kedua tertuduh yang juga rakan kongsi dan tidak diwakili peguam itu merayu agar diringankan hukuman.

Bagi jumlah denda yang dikenakan, Awang Kerisnada kemudiannya memerintahkan kedua-dua tertuduh didenda RM45,000 setiap seorang atau berdepan hukuman penjara sembilan bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

Kedua-dua tertuduh perlu membayar denda tersebut.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...