Padah Main ‘Bakar-Bakar’ Dalam Rumah, Dua Kanak-Kanak Nyaris Rentung

Kehidupan

Padah Main ‘Bakar-Bakar’ Dalam Rumah, Dua Kanak-Kanak Nyaris Rentung

Di Johor Bahru, dua orang kanak-kanak nyaris rentung apabila rumah yang didiami keluarga terbakar 30 peratus di bahagian dapur akibat bermain api ketika ketiadaan ibu mereka di rumah.

Menerusi laporan Kosmo, hasil maklumat yang diterima oleh pihak bomba kejadian yang berlaku di Bandar Penawar itu melibatkan dua orang kanak-kanak perempuan masing-masing berusia 12 tahun dan adiknya lima tahun.

Advertisement

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 12.49 semalam.

Kredit : JBPM Johor

“Ketika Pasukan Keluar Operasi (PKO) sampai, keadaan api masih marak di bahagian dapur yang dibina daripada struktur kayu.”

Tambahnya, ayah daripada kanak-kanak berkenaan keluar bekerja manakala ibunya pula keluar sebentar kerana mempunyai urusan.

Menurut sumber, kebakaran berpunca berlaku disebabkan adik perempuannya bermain ‘bakar-bakar’ menggunakan kertas di dapur yang menyebabkan 30 peratus bahagian dapur terbakar.

Menyedari akan kejadian, kakaknya terus menjerit meminta tolong jiran-jiran dan api dapat dikawal setibanya pihak bomba sampai di lokasi sebelum api merebak ke seluruh rumah.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...