Padah Langgar SOP, 109 Pengunjung Pusat Hiburan Dikompaun RM10,000

Trending

Padah Langgar SOP, 109 Pengunjung Pusat Hiburan Dikompaun RM10,000

Padah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seramai 109 orang pengunjung dan sembilan orang pekerja pusat hiburan Kuala Lumpur dikompaun RM10,000 seorang.

Pemilik premis pusat hiburan dikompaun sebanyak RM50,000 mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 dan Seksyen29 Kanun Keseksaan.

Advertisement

“Bila sampai premis itu, kami mendapati ramai pengunjung yang sedang leka berhibur dengan muzik. Pihak kami menutup muzik itu dan siasatan ujian air kencing dijalankan dan 3 individu didapati positif dadah”.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supritendan Ashari Abu Samah berkata demikian menerusi perkongsian video YouTube TV3.

Menurut laporan, premis pusat hiburan tersebut sudah banyak kali diserbu namun pemiliknya tidak serik dan masih berdegil walaupun sudah diberi amaran.

Advertisement

Pihak polis akan mengambil tindakan tegas supaya kesalahan sama tidak akan berulang kembali.

SUMBER

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...