Padah Langgar Kuarantin, Lelaki Maut Selepas Dipaksa Buat Squat 300 Kali

Trending

Padah Langgar Kuarantin, Lelaki Maut Selepas Dipaksa Buat Squat 300 Kali

Padah langgar kuarantin Covid-19, seorang lelaki Filipina dilaporkan maut selepas dipercayai dipaksa oleh pengawal kampung untuk melakukan squat sebanyak 300 kali.

Seperti sedia maklum, Squat adalah gaya senaman apabila seseorang berdiri dan merendahkan badan kepada posisi seakan-akan mencangkung.

Advertisement

Squat

Nak dijadikan cerita, lelaki itu khabarnya terpaksa menjalani hukuman berkenaan kerana melanggar kuarantin Covid-19.

The Guardian melaporkan, mangsa, Darren Manaog Penaredondo, 28, ditangkap membeli minuman selepas jam 6 petang yang didakwa melanggar perintah berkurung Covid-19 di bandar General Trias, di wilayah Cavite, lapor Rappler.

Pasangan kepada Penaredondo, Reichelyn Balce memberitahu Rappler, Penaredondo dan seorang lelaki lain dipercayai melanggar peraturan Covid-19 dan dibawa ke Plaza Malabon di depan dewan perbandaran.

Lebih malang apabila mereka kemudian disuruh melakukan senaman tekan tubi sebanyak 100 kali.

Pihak berkuasa didakwa mengatakan mangsa dipaksa untuk mengulangi senaman itu jika pergerakan mereka tidak selari.

Akhirnya, kedua-duanya dipaksa melakukan aksi seperti ‘squat’ sebanyak 300 kali, dakwa Balce menerusi catatan di Facebook (FB).

Kesan daripada itu, Penaredondo tiba di rumah pada jam 8 pagi keesokan harinya dan hampir tidak dapat bergerak kerana terlalu penat.

Squat

Penaredondo memberitahu Balce, dia juga jatuh beberapa kali ketika melakukan senaman.

“Sepanjang hari itu, dia kesukaran untuk berjalan dan hanya merangkak”

Kemudian pada hari itu, dia mula mengalami sawan dan jantungnya terhenti. Dia dapat bernafas semula untuk seketika, tetapi meninggal dunia kira-kira jam 10 malam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Bandar Marlo Nillo Solero berkata, tidak ada hukuman seperti itu bagi orang yang melanggar peraturan Covid-19, sebaliknya mereka diberikan nasihat.

Datuk bandar berkenaan, Jeneral Trias Antonio Ferrer menerusi kenyataan di FB mengesahkan perkara itu sedang disiasat.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...