Padah Ingkar SOP, Mat Motor Diarah Tolak Motosikal Sejauh 5km Sebelum Disaman

Trending

Padah Ingkar SOP, Mat Motor Diarah Tolak Motosikal Sejauh 5km Sebelum Disaman

Umum tahu, Total Lockdown di negara kita telah pun bermula pada 1 Jun lalu, SOP juga telah dikeluarkan termasuklah meminta rakyat Malaysia untuk terus berada dirumah jika tiada urusan penting.

Pun begitu, timbul pula kes dimana sekumpulan mat motor bertempiaran lari ke dalam semak bagi mengelak dicekup selepas lokasi mereka di Jalan Ibok-Paman di sini, semalam, diserbu polis.

Advertisement

Cubaan mereka melarikan diri ternyata hanya sia-sia apabila laluan berkenaan sudah dikepung polis dalam Ops Samseng Jalanan jam 6.30 petang.

Bukan itu saja, seramai 65 yang ditahan juga diarahkan menolak motosikal sejauh lima kilometer bermula dari Mak Chili ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.

TOLAK MOTOSIKAL

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, operasi membabitkan 25 pegawai dan anggota itu dilakukan pihaknya susulan maklumat awam mengenai aktiviti remaja di kampung berkenaan yang berkumpul ketika pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (SPP) sempena Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Sebenarnya, pemantauan sudah pun dilakukan di kawasan berkenaan terlebih dulu sebelum sekumpulan remaja mula memenuhi kawasan berkenaan.

Katanya, kebanyakan yang hadir di situ hanya menjadi penonton dengan tiga daripadanya berlumba tanpa membabitkan pertaruhan dan mendakwa sekadar suka-suka.

Dalam operasi ini, sebanyak 60 motosikal dan 65 lelaki berusia antara 18 hingga 25 tahun diperiksa manakala 14 motosikal turut disita.

Pihak polis juga turut mengeluarkan 52 saman membabitkan pelbagai kesalahan trafik seperti nombor pendaftaran, lesen dan cermin sisi.

SAMAN DIKELUARKAN

Hanyan berkata, pihaknya memandang serius aktiviti perkumpulan memandangkan negara sedang melaksanakan SPP dalam usaha memutuskan jangkitan Covid-19.

Dalam kenyataannya, beliau juga menegaskan agar ibu bapa atau penjaga memantau pergerakan anak dan tidak membenarkan mereka keluar tanpa sebab ketika pelaksanaan SPP ini.

Walaupun sekadar berkumpul di dalam kampung, ia tetap menjadi kesalahan dan boleh dikenakan kompaun kerana pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Kita harap ia tidak berlaku lagi kerana masih ada masyarakat memandang remeh arahan kerajaan yang melaksanakan SPP yang bertujuan untuk membendung penularan Covid-19”

Patuhlah pada SOP, makin hari makin banyak pula kes sebegini kan.

Adakah anda mahu negara kita terus dilandai wabak yang semakin mengganas? Jadilah insan yang bertanggungjawab ya. Kita jaga kita!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...