Padah Hantar Gambar Bogel, Wanita 53 Tahun Diugut

Trending

Padah Hantar Gambar Bogel, Wanita 53 Tahun Diugut

Seorang ibu tunggal berusia 53 tahun telah menghantar gambar bogelnya pada seorang teman yang baru dikenali kerana cinta. Apa yang dia tidak tahu ialah, dia kemudiannya bakal menjadi mangsa penipuan cinta online sehinggalah dia diugut oleh ‘kekasihnya’ itu menggunakan gambarnya. Ibu tunggal itu yang hanya mahu dikenali sebagai Chew berkata:-

Dia beritahu akan sebarkan gambar saya jika saya tidak beri dia US$5,000 (RM16,000).

Dia diperkenalkan awal bulan lepas kepada satu laman temujanji online di mana beberapa orang kawannya menemui jodoh, katanya dalam satu sidang media yang dianjurkan olek Khidmat Awam MCA dan ketua Jabatan Aduan iaitu Datuk Seri Michael Chong.

Tidak lama selepas itu, wanita itu yang bekerja sebagai eksekutif jualan mula berkawan dengan Benjamin Federico, 54, yang mendakwa sebagai sorang doktor haiwan yang tinggal di Kanada.

Setelah beberapa kali chat, lelaki itu memberitahu mempunyai simpanan sebanyak US$174,000 (RM557,430) dan dia bercadang untuk menemui Chew pada bulan Ogos dan membawa wanita itu ke negaranya untuk berkahwin.

Teruja dengan lamaran itu, Chew menghantar satu gambar bogelnya atas permintaan lelaki itu dua minggu lepas.
download
Tetapi dia menolak untuk membalas dengan gambar bogelnya, berkata yang ia bertentangan dengan pegangan agama dan nilai kekeluargaannya.

Tidak selesa dengan jawapan itu, Chew mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, dan memutuskan hubungan itu Sabtu lepas.

Inilah permulaan mimpi buruk Chew.

Dia mula ugut saya guna gambar itu. Dia juga meminta gantirugi kerana memutuskan hubungan dengannya.

Advertisement

Dengan bantuan Chong, dia membuat laporan ke Balai Polis Ampang Jaya police malam Isnin.

Dia juga membuat aduan kepada laman temujanji itu, yang seterusnya membuang profil Federico.

Chong memberitahu yang dia berasa kecewa dengan kenaifan sesetengah individu yang menjadi mangsa penipuan seperti itu walaupun dia sering memberikan nasihat.

Laporan asal: The Star

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...