Padah Guna Ekzos Bising, Sekumpulan Individu Terpaksa Tukar Semula Ekzos di Balai Polis

Trending

Padah Guna Ekzos Bising, Sekumpulan Individu Terpaksa Tukar Semula Ekzos di Balai Polis

Baru-baru ini pihak berkuasa telah mengeluarkan undang-undang bahawa mana-mana individu yang menggunakan ‘ekzos bising’  akan dikenakan tindakan.

Terbaru, menerusi perkongsian di Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, 10 individu telah mengubahsuai ekzos motosikal sehingga mengeluarkan bunyi bising. Mereka terpaksa menukar semula ekzos mereka di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Selangor. Hampir empat jam mereka nak siapkan tu.

Advertisement

Mereka yang berusia dalam 18 hingga 25 tahun terpaksa bawa ‘ekzos standard’ untuk proses penukaran di IPD berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, pihaknya terdahulu menahan 12 buah motosikal dalam Operasi Ubah Suai Ekzos di sekitar Kuala Selangor pada jam 5 petang hingga 8 malam beberapa hari lepas.

Daripada jumlah tersebut 10 buah motosikal didapati melakukan kesalahan ujian paras bunyi terhadap ekzos yang telah diubah suai yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor.

“Terdapat seorang lelaki berusia 20an sanggup menghabiskan sehingga RM7,000 untuk ‘melaram’ motosikalnya.”

“Mereka telah dikenakan saman minimun RM300 dibawah Kaedah 103 iaitu dibawah Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan) 1958 (L/N 170/1959)”

Pihak JAS juga mengenakan kompaun RM 300 kepada 10 individu berkenaan kerana gagal mematuhi had bunyi yang dibenarkan.

Pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal dinasihatkan untuk mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...