Padah Curang Dan Berzina, Acheh Hukum Pesalah Dengan 100 Kali Sebatan

Kehidupan

Padah Curang Dan Berzina, Acheh Hukum Pesalah Dengan 100 Kali Sebatan

Benarlah kata orang cinta itu buta!

Seorang lelaki berusia 43 tahun sanggup menduakan isterinya dengan mengambil tindakan berani ‘makan luar’ dan menjalin hubungan terlarang dengan seorang ‘makcik cleaner’ yang sebaya dengannya. Kejadian itu berlaku di Banda Acheh, Indonesia.

Advertisement

Lebih malang, lelaki itu merupakan penjawat awam yang sudah berkeluarga, manakala makcik cleaner itu pula merupakan isteri orang.

Namun, hubungan ‘cinta’ mereka tidak berkekalan apabila hubungan mereka berjaya dihidu oleh pihak berkuasa agama Banda Acheh. Umum tahu wilayah itu dipercayai mengamalkan sistem perundangan Islam.

Acheh hukum pesalah zina

Akhirnya mereka berdua dibawa ke muka pengadilan di mana kes perbicaraan dijalankan di Mahkamah Syariah Kuala Simpang dan keputusan hakim pada 22 Mac lalu memutuskan mereka dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 100 kali.

Advertisement

Sebulan berlalu dan tepat pada masanya, lelaki penjawat awam dan makcik cleaner menerima hukuman sebatan di permukaan punggung masing-masing. Boleh bayangkan kepedihan sebatan yang hinggap di punggung?

Acheh hukum pesalah zina

Kedua mereka reda dan mengaku bersalah atas kesilapan yang dilakukan. Sebatan berbaki 20 kali, si lelaki tidak tahan dan terus mencangkung meminta air untuk diminum.

Kedua-dua mereka yang curang serta berzina ini disiasat dan didapati bersalah di bawah Seksyen 37 (1), (2) dan (3) Kanun Aceh 6/2014, Akta Jenayah,

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...