Tular di media sosial apabila seorang pemandu Perodua Myvi dikatakan bertindak ‘mencucuk’ kereta di hadapannya bagi mengelak daripada membayar tol.
Hasil pemantauan mendapati, kejadian tersebut berlaku di tol susur keluar LPT Kuala Terengganu.
“Nak cucuk belakang aku tak nak bayar tol exit Kuala Terengganu LPT. Nasib baik aku sedar dan stop betul betul selepas palang. Baru dia nak reverse pergi lane sebelah dan bayar,”
Bagaimanapun, pemandu Perodua Myvi itu bertindak untuk mengundur dan pergi ke laluan tol selebah selepas kereta di hadapannya memutuskan untuk berhenti secara mengejut.
Selepas dianggap biadab oleh individu tersebut, pemandu Perodua Myvi itu juga turut dimarahinya supaya kesal akan perbuatan yang dilakukan.
“Orang lain boleh kau nak cucuk belakang dengan aku jangan. Tengok la kereta apa kau nak cucuk tu. Kereta dekat 2 tan berat memang taklah aku nak bagi muka. Kawan dia yang sorang lagi bawa Jazz GK lepas cucuk kereta kat lane sebelah. Harap dia ingat maki aku sampai tua. Haha,”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan tindakan lelaki itu yang bertindak menegur perbuatan pemandu tersebut. Malah, ada juga yang turut menzahirkan rasa geram dan panas hati dengan aksi yang dilakukan pemandu Myvi berkenaan.