Padah Buka Puasa Beramai-Ramai, 16 Orang Ahli Keluarga Dijangkiti COVID-19

Trending

Padah Buka Puasa Beramai-Ramai, 16 Orang Ahli Keluarga Dijangkiti COVID-19

Sudah tentu ramai anak perantau sedang merindukan saat untuk berbuka puasa bersama keluarga mereka di kampung ketika bulan Ramadhan ini. Pastinya meriah suasana di bila berbuka puasa beramai-ramai dengan ahli keluarga.

Namun tahun ini, berikutan masalah pandemik COVID-19 yang masih belum selesai tradisi ini terpaksa dilupakan.

Advertisement

Hal ini terbukti membahayakan apabila 16 ahli keluarga di Bahrain termasuk ibu bapa, adik-beradik dan beberapa kanak-kanak telah disahkan positif COVID-19 setelah menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama.

Difahamkan, pada mulanya hanya salah seorang daripada ahli keluarga itu sahaja yang positif wabak itu, namun ianya telah menjangkiti ahli keluarga lain.

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Bahrain, hal ini terjadi kerana, kesemua anggota keluarga itu gagal mengikuti langkah pencegahan termasuk mengelakkan perhimpunan ramai, memakai topeng muka dan melakukan penjarakan sosial.

“Adalah menjadi tanggungjawab semua orang untuk mematuhi panduan dan langkah pencegahan sebagai usaha mencegah penyebaran virus.”

Pihak kementerian kini sedang menjalankan usaha untuk meningkatkan usaha dan memperluaskan kemampuan ujian mereka bagi memastikan keselamatan semua orang melalui pengesanan awal kes dan pengesanan kontak.

Setakat ini, Bahrain mencatatkan 4,774 kes jangkitan COVID-19, manakala 2,055 kes telah pulih dan 8 kematian turut direkodkan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...