Jenayah sosial dalam kalangan remaja semakin membimbangkan apabila kes pengguguran bayi sentiasa dilaporkan oleh media.
Malah lebih buruk apabila penjualan pil gugur kandungan tidak dikawal oleh pihak berkuasa sehingga penjualan atas talian semakin berleluasa.
Seorang doktor muhammadeizat, berkongsi kisah seorang remaja yang sanggup mengambil pil gugur kehamilan kerana terlanjur dengan kekasihnya.
Menurut Dr Izzat, beliau telah menerima panggilan untuk membantu gadis di zon merah dan mendesaknya untuk menceritakan perkara sebenar agar rawatan dapat diberikan.
Period tak datang 3 bulan
Kondisi gadis ini semakin teruk ketika dirawat di kecemasan dan difahamkan bahawa gadis ini sudah tidak period selama 3 bulan.
Ada kesan parut pada perut gadis
Semasa melakukan pemeriksaan kepada gadis ini, doktor lain melihat kesan parut pada perutnya.
Jangan tipu, takut salah bagi rawatan
Doktor memberitahu gadis tersebut supaya jujur dan menceritakan kisah sebenar agar dia dirawat dengan betul.
Mengandung anak luar nikah kedua
Rupa-rupanya gadis ini pernah mengandung sebelum ini, dan ini adalah kandungan luar nikah keduanya bersama pasangan lain.
Beli pil gugur di Facebook
Gadis ini sangat buntu bila mengetahui dia hamil, lalu dia mencari jalan mudah dengan membeli pil gugur bayi dengan seorang penjual di Facebook.
Risiko banyak tumpah darah
Si penjual berjaya menyakinkan gadis ini bahawa pil ini selamat digunakan dan mengatakan bahawa beliau boleh mengandung lagi jika gugurkan bayi tanpa beritahu kesan lain.
Hilang banyak darah pada ruang abdomen
Kerana mengambil pil ini, si gadis banyak kehilangan darah akibat kehamilan luar rahim yang menyebabkan banyak kehilangan darah.
Seeloknya, elakkan melakukan hubungan seks sebelum kahwin. Jika mengandung anak luar nikah, masa depan gelap dan anda akan menyesal seumur hidup.