Padah Bawa Ubat Batuk Bernilai RM192,000, Pemandu Lori Beraya Dalam Lokap

Kehidupan

Padah Bawa Ubat Batuk Bernilai RM192,000, Pemandu Lori Beraya Dalam Lokap

Tindakan pemandu lori membawa muatan 160 bekas ubat batuk jenis Kodein bernilai RM192,000 membawa padah kepada diri sendiri apabila kegiatan itu dikesan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) di hadapan sebuah Sekolah Pendidikan Khas di Lati.

Menurut Pegawai Pemerintah PGA7, Superintendan Azhari Nusi, dalam kejadian jam 5.30 pagi, anggota bertugas membuat rondaan sebelum terserempak sebuah lori jenis Hicom Perkasa berwarna merah dalam keadaan mencurigakan.

Advertisement

Tambahnya, anggota kemudian menahan lori terbabit dan memperkenalkan diri sebagai polis sebelum meminta pemandu mengemukakan kad pengenalan diri seterusnya, membuat pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa.

“Tiada sebarang barangan yang salah ditemui, namun pemeriksaan lanjut di bahagian belakang lori mendapati terdapat susunan kotak berisi bekas yang mengandungi cecair dipercayai ubat batuk”.

Selain itu, turut dirampas wang tunai bernilai RM891 dipercayai hasil daripada kegiatan penjualan dadah terbabit, malah siasatan mendapati ubat batuk berkenaan dijual pada harga RM1,200 sebekas.

“Anggota kemudian menahan pemandu dan merampas barangan serta lori untuk dibawa ke Balai Polis Pasir Mas bagi siasatan dan tindakan lanjut”.

pemandu lori ditahan bawa ubat batuk

Berdasarkan hasil soal siasat, suspek mengakui mengambil bekalan ubat batuk berkenaan dari Puchong, Selangor menggunakan lori untuk pasaran sekitar negeri ini.

“Kita akan terus membantu membanteras kegiatan tidak bermoral terbabit sekali gus, menyelamatkan lebih ramai anak muda daripada terjebak dengan penyalahgunaan dadah”.

“Walaupun Aidilfitri disambut esok, anggota PGA7 terus komited menjalankan tugas demi memastikan jenayah rentas sempadan dapat dibanteras dalam keadaan apa sekali pun”.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...