“Pada Waktu Pagi Nampak Sihat Tapi Bila Tiba Waktu Malam Je Terus Meracau”

Trending

“Pada Waktu Pagi Nampak Sihat Tapi Bila Tiba Waktu Malam Je Terus Meracau”

Bagi mereka yang mempunyai anak kecil, pasti merasa sangat bimbang sekiranya anak seringkali jatuh sakit. Lebih-lebih lagi jika ianya mengambil masa yang lama untuk kebah.

Perkongsian dari Page Tazkirah Ustaz Ebit Lew ini melalui laman facebook mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda. Semoga bermanfaat untuk semua.

Advertisement

Sejak akhir2 ini ramai yang datang bawa anak kecil demam, demam seminggu tak baik-baik. Siang nampak sihat bila masuk waktu maghrib badan jadi panas kaki tangan sejuk.

Bila masuk pukul 10 malam berpeluh malam awal pagi panas balik. Bila malam tidur meracau, bila nangis tunjuk-tunjuk atas, mata tengok atas.

Jika berlaku begini pada anak anda, demam dah pergi hospital tak juga kebah, dah di tahan di ward keluar ward tak juga sembuh, nasihat saya dapatkan rawatan Islam berhampiran.

Bila pergi rawatan Islam pula jangan rawat anak kecil itu je, bila rawat anak tu rawat jugalah diri ibu ayah budak itu.

Ramai ingat hanya anak kecil je masalah pergi perawat hanya rawat Anak. Tapi sebenarnya ramai yang tak tahu anak kena tegur kena sampuk berpunca dari ayah ibu anak itu sendiri.

Banyak kes saya rawat bila anak kena ganggu semua berpunca dari ibu ayah tersebut kena gangguan tambah-tambah lagi baby kecil yang menyusu badan.

Jika ibu kena gangguan bagi anak kecil menyusu badan mudah sangat kena tempias pada baby.

Cara-cara mudah jika anak kecil anda menjadi seperti di atas. Tiba2 badan jadi panas kaki jadi sejuk itu tanda anak kecil anda kena gangguan, tidur tersentak-sentak.

Bila menangis menepis-nepis di muka jika jadi begitu pada anak anda :

Ambil sebotol air kolah masjid mineral 1500ml masuk kan kedalam baldi air kolah tersebut. Campurkan dengan limau nipis 3biji di potong dan di perah dalam baldi tersebut. Selepas itu baca:

1) Al Fatihah 7x
2) Al ikhlas 7x
3) Ayat Qursi 7x
4) Selawat 7x kemudian mandikan dari kaki hingga ke kepala.
5) Mandikan seluruh Tubuh Anak kecil itu.

Jika tak sembuh juga dapatkan rawatan Islam berhampiran. Jangan di biarkan anak kecil anda terus menangis kerana boleh mengakibatkan anak kecil mudah terkena sawan.

Moga info ini berguna pada yang memerlukan dan di jauhkan dari berlaku pada diri kita dan family kita Aamiin..

Sumner : Tazkirah Ustaz Ebit Lew via Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...