Berjaya mengutip kutipan sehingga hampir 7 juta sehingga ke hari ini, filem Mael Totey The Movie (MTTM) nampaknya mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Meskipun memperoleh kejayaan yang membanggakan, namun pasti ada yang tampil mengkritik hasil karya pertama Youtuber terkenal, Syahmi Sazli tidak kiralah dari segi teknikal mahupun aspek lakonan.
Namun begitu, penghasilan filem MTTM yang hanya menggunakan modal kecil dan kelengkapan sederhana itu patut diberi pujian kerana ianya telah meraih angka kutipan yang tinggi dan turut memecahkan rekod filem-filem popular sebelum ini yang ditayangkan di pawagam dan juga saluran berbayar.
Turut tampil mempertahankan usaha dan meraikan kejayaan MTTM, pelakon Datuk Adi Putra telah memuat naik kata-kata semangat kepada kru produksi filem tersebut selepas wujudnya segelintir pihak yang tampil mengkritik usaha pengarah baru itu.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
“Pada netizen banyak bunyi tu aku ‘langgar’. Sekurang-kurangnya dia buat, bukan cakap baru nak buat. Bagus ke tak cerita belakang, pada Syahmi jalan terus.”
Menyedari namanya disebut-sebut, pengarah MTTM, Syahmi Sazli tampil mengucapkan terima kasih kepada Datuk Adi Putra menerusi komen entri berkenaan.
View this post on Instagram
Terdahulu, filem Mael Totey The Movie telah dikritik oleh seorang individu bergelar pengarah dan penerbit apabila dikatakan karya tersebut tidak boleh dijadikan penanda aras bagi seni kreatif filem tempatan.