Pelakon Eyka Farhana ada berkongsi detik perkenalannya bersama pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid ketika muncul dalam sesi podcast Studio Sembang bersama Amelia Henderson di YouTube.
Eyka kongsi detik perkenalan dengan Akhyar
Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Wan Sarmizi,29, memaklumkan bahawa dia tidak mengetahui latar belakang Akhyar dan adiknya ada meminta dia untuk berkenalan dengan pemain bola sepak tersebut.
Dia DM saya di Instagram. Pada mulanya saya tidak kenal siapa yang DM saya itu. Saya tanya adik saya dan beritahu dia kenal siapa Akhyar.
Adik minta saya cuba untuk bertemu dengannya dan pada awalnya saya agak keberatan untuk berkawan dengan pemain bola sepak. Tapi itulah, sekarang Alhamdullilah hubungan kami sudah cecah lima tahun.
Jalani hubungan jarak jauh
Ujarnya lagi, mereka berdua menjalinkan hubungan jarak jauh dan ia tidak menjadi satu masalah kerana kedua-duanya dapat memberi fokus terhadap karier masing-masing.
Hubungan kami tidak mempunyai masalah daripada segi masa sebab kami menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ).
Kami pun jarang jumpa dan disebabkan itu saya banyak memberi fokus kepada kerjaya seni. Bila kami masing-masing tak sibuk barulah kami luangkan masa untuk berjumpa.
Kata Eyka, dia dan Akhyar sering membuat panggilan video dan setiap hubungan jarak jauh yang dibina memerlukan kepercayaan selain kualiti masa bersama lebih dirasai.
“Bila kita jarang berjumpa, barulah kami rasa kualiti masa bersama. Bagi saya kepercayaan itu juga sangat penting” maklum Ekya lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.