Pada Mulanya Memang Susah. Bila Dah Biasa, Perbelanjaan Bulanan Lebih Teratur

Trending

Pada Mulanya Memang Susah. Bila Dah Biasa, Perbelanjaan Bulanan Lebih Teratur

Senang saja nak rekod perbelanjaan setiap hari tanpa perlu membawa pen dan kertas. Saya belajar dari Azizi Ali bahawa pentingnya kita merekodkan perbelanjaan setiap hari.

Advertisement

Azizi Ali namakannya Money Tracker. Mula-mula nampak macam susah untuk saya nak buat sebab masa kita berbelanja, mana sempat nak tulis semua itu?

Tetapi saya dapat idea sendiri dan ianya sangat mudah. Idea ini menyebabkan saya dan Aimi Nazihah (isteri) berjaya amalkan sampai hari ini.

Caranya begini, kita semua kerap pegang handphone. Jadi, buat satu group WhatsApp yang mana ahlinya antara suami dan isteri sahaja.

Letak nama group, Money Tracker. Setiap kali selepas makan, beli atau belanja apa-apa, tulis dalam group WhatsApp itu.

Makan tengah hari -RM8.00
Minyak kereta -RM50.00
Parking -RM1.00
Bil Elektrik -RM78.00
Econsave -RM45.50
Laptop -RM1,450
Ali bayar hutang +RM300.00
Bonus +RM500.00

Simbol ‘-‘ adalah sebagai perbelanjaan atau duit keluar. Simbol ‘+’ pula adalah sebagai pendapatan atau duit masuk.

Dalam WhatsApp sudah dinyatakan tarikh bila kita hantar mesej dalam group. Jadi, hujung bulan kelak kita boleh semak semula perkara berikut:

1. Berapa duit yang kita dah belanjakan
2. Bila tarikh kita belanja
3. Apa yang kita belanja
4. Belanja lebih bajet atau tak
5. Apa yang terlebih bajet

Kesannya, kita akan tahu perbelanjaan setiap bulan terlebih di mana agar lebih beringat dan perbaiki cara perbelanjaan ke arah yang lebih berhemah.

Tips ini juga boleh digunapakai untuk perkara lain.

Kalau nak simpan resepi, lokasi, nak buat senarai tugasan, senarai barang nak beli, cuma buat group WhatsApp suami isteri dan tulislah apa saja dalam group WhatsApp itu untuk simpanan.

Semoga bermanfaat.

Kredit : Nik Mohd Fahmi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...