Sedia maklum, baru-baru ini, restoran ayam goreng muslim Darsa Fried Chicken hangat diperkata ramai di media sosial apabila tular gambar restoran tersebut telah ditutup.
Dapat dilihat dalam gambar yang tular itu, keadaan restoran tersebut yang kosong malah kertas notis yang tidak diketahui dilekatkan di pintunya.
Disebabkan itu, ramai menganggap restoran Darsa Fried Chicken (DFC) telah pun ditutup biarpun baru beroperasi Mei lalu dan penutupan restoran itu sudah dijangka ramai disebabkan menggunakan sentimen perkauman dan agama.
Kerana khabar angin tersebut tular di platform media sosial, wakil restoran terbabit tampil menafikan dakwaan itu dan memaklumkan mereka masih beroperasi seperti biasa dan buka pada pukul 10 pagi.
Tentang kertas notis yang dilekatkan pula, ia berkenaan perniagaan mereka telah didaftar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan perlu dipaparkan sebagai rujukan pelanggan yang datang berkunjung.