“Pada Asasnya Bukan Satu Kesalahan Di Bawah Kesalahan Yang Dituduh” – Peguam Neelofa & PU Riz

Hiburan

“Pada Asasnya Bukan Satu Kesalahan Di Bawah Kesalahan Yang Dituduh” – Peguam Neelofa & PU Riz

Pengurusan sebutan semula kes pasangan selebriti Noor Neelofa dan suami, Muhammad Haris Ismail yang mesra dikenali PU Riz, yang berdepan tuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPD) di sebuah kedai karpet di Nilai telah ditetapkan pada 1 Disember depan.

3 years ago

Ditangguh Lagi, Sebutan Semula Kes Neelofa Dan PU Riz Ditunda

Advertisement

Peguam bela pasangan berkenaan, Wan Aizudin Wan Mohamed berkata kepada pihak Harian Metro, tarikh tersebut telah ditetapkan oleh mahkamah selepas pihaknya menyerahkan dokumen representasi kepada pihak pendakwaan, di mahkamah pada hari ini.

Kami memohon kepada Peguam Negara untuk menggunakan budi bicara menarik balik pertuduhan terhadap anak guam kami. Ini kerana kami merasakan pertuduhan yang dibawa terhadap anak guam kami ini pada asasnya bukanlah suatu kesalahan di bawah kesalahan yang dituduh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Tambahnya lagi, pihaknya berharap akan mendapat maklum balas mengenai perkara ini daripada Jabatan Peguam Negara menjelang sebutan semula kes pada 1 Disember, kelak.

Pada 1 Disember nanti, pihak pendakwaan akan maklumkan mengenai surat representasi berkenaan.

neelofa dan pu riz

Pada 20 Mei lalu, Neelofa dan suaminya mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Kesalahan itu didakwa dilakukan oleh mereka ketika berada di sebuah kedai menjual karpet di pusat perniagaan Nilai 3, pada 2 Mei lalu dan mereka akan berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...